Wednesday, March 31, 2010

Soal Jawab 1 : Adakah Batal Puasa


saya musykil dgn satu perkara; adakah memasukkan jari ke dalam pusat badan termasuk di dalam perkara yg membatalkan puasa dan jika ianya tergolong di dalam memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan? terima kasih


Jawapan;

Tidak membatalkan puasa kerana pusat bukanlah rongga terbuka yang mempunyai saliran yang sampai ke perut. Kecualilah jika pusat itu mengalami luka atau tertusuk menembusi ke perut maka ketika itu batallah puasa jika dimasukkan sesuatu (menurut mazhab Syafi'ie).

Wallahu a'lam.


Tuesday, March 30, 2010

Pengenalan " Siapa Yang Menjawab Kemusykilan Agama"


Blog ini diwujudkan untuk menjawab permasalahan yang berlaku dikalangan umat islam kini. kami melalui pertolongan Allah akan sedaya upaya akan mencari jawapan bagi masalah yang membelenggu umat islam.

Keahlian Tokoh Yang Menjawab Soalan Tuan.

Nama : Tuan Hj Mohd Zakir bin Abdul Majid

Pengajian :

1. PhD
2. M.a
3. Ba Universiti Al Azhar Kaherah.

Beliau pernah belajar dengan Tuan Guru Nuruddin Almakkiy Al banjari ketika berada di Universiti Al azhar pada peringkat Ijazah pertama, bersama-sama dalam pengajian itu adalah Ustaz Aminuddin bin Abdul Rahim, Pembimbing Fardhu Ain Radio Kedah.

Tulisan beliau banyak mendapat sokongan dari Tuan Guru Nuruddin Almakkiy Albanjari, malah dikatakan tokoh muda islam yang sedang meningkat naik oleh Syeikh Fadhil Hanafi, Pensyarah kuliah syariah INSANIAH.

Ini serba sedikit ulasan terhadap Penyelesai Masalah Agama dalam blog ini.

Admin
Faraulah


Masalah Saya


 

Mari Tanya Ustaz Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha