Monday, May 24, 2010

ibadah


sunat ab'ad ialah amalan sunat yang sangat dituntut untuk dilaksanakan ketika melaksanakan sembahyang dan jika ditinggalkan samaada secara sengaja atau tidak sengaja disunatkan sujud sahwi.Manakala sunat haiat pula ialah amalan sunat yang dituntut untuk dilaksanakan dalam sembahyang dan jika ditinggalkan samaada secara sengaja atau tidak sengaja, tidak disunatkan sujud sahwi. Bahkan sembahyang akan batal jika dilaksanakan sujud sahwi sebelum daripada memberi salam jika diketahui akan hukumnya.


kanak-kanak berkahwin


kanak-kanak boleh berkahwin tetapi dengan izin daripada walinya. Jika anda melihat kepada syarat sah perkahwinan, tidak dinyatakan di sana bahawa baligh menjadi salah satu daripada rukun perkahwinan.Oleh yang demikian, keizinan dari walinya adalah diperlukan bagi mensahkan perkahwinan yang berlangsung.


Sunday, May 9, 2010


adalah menjadi satu kesalahan apabila seseorang yang berkemampuan untuk melaksanakan haji lalu ditinggalkannya dengan sengaja, bahkan hukumnya adalah haram. Ini kerana melaksanakan haji adalah diwajibkan ke atas mereka yang berkemampuan. dalam hadith baginda SAW mengancam golongan ini dengan mati dalam keadaan Yahudi ataupun Nasrani. sabda baginda yang bermaksud: Sesiapa yang mati dalam keadaan dia tidak melaksanakan haji, matilah dia samaada dalam keadaan Yahudi ataupun Nasrani.Menurut para ulama' selepas kematiannya hendaklah diambil sebahagian dari peninggalannya untuk dijadikan sebagai upah untuk dilaksanakan haji untuknya. dengan erti kata yang lain, ahli waris hanya boleh mewarisi peninggalannya yang berbaki setelah ditolak upah untuk melaksanakan haji untuknya.Wallahu'alam.


Soal Jawab : Seseorang Meninggalkan Haji


Apakah hukum sesorang meninggalkan haji sedangkan ianya berkemampuan? Jawapan :


Masalah Saya


 

Mari Tanya Ustaz Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha